Friday, October 2, 2015

PERSEDIAAN MENGHADAPI MASA DEPAN












Sayangi Anak-Anak Anda
Berikan mereka jaminan perubatan

Mengikut perangkaan inflasi kos perubatan meningkat sebanyak 15% setiap tahun.  Jesteru itu kita seharusnya bersiap sedia dari awal untuk memastikan perbelanjaan perubatan bukanlah masalah.  Oleh itu bertindaklah dari sekarang, pastikan anda memiliki medical Card dari AIA PUBLIC TAKAFUL. Memiliki Medical Card adalah seperti melakukan pelaburan (investment) yang mana keuntungannya pasti akan kita gunakan satu hari nanti. Inilah salah satu "hedging mechanism" untuk kos perubatan.
Dapatkan Medical Card AIA Public Takaful Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga

Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri



FAKTA TENTANG KANSER




APA ITU KANSER?

Badan kita di bina daripada jutaan unit yang di panggil sel.  Sel-sel ini adalah unit asas kehidupan.  Sel-sel sama jenis bergabung membentuk tisu dan seterusnya organ seperti jantung, hati, otak, paru-paru dan sebagainya.

Kanser adalah penyakit yang berkaitan dengan sel.  Secara normal sel akan mati akibat peningkatan umur dan mengalami kecederaan.  Tubuh badan kita akan menggantikan sel-sel ini dengan jumlah dan jenis sel yang betul.  Kadang-kala sel-sel ini akan terus berkembang dan bertambah tanpa henti.  Sel yang tidak normal ini dinamakan tumor.  Tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel.  Tumor ini  mungkin adalah kanser.  Sel-sel  kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa.




APAKAH YANG MENYEBABKAN KANSER?

Faktor Persekitaran - Karsinogen
Kehadiran agen penyebab kanser, iaitu karsinogen boleh bertindak sebagai faktor yang mampu mengubah DNA sesuatu sel dan menjadikannya sel kanser - berupaya membawa pelbagai perubahan genetik, termasuk pengaktifan onkogen dan penyahaktifan gen penekan tumor .

Jangkitan Virus
Terdapat sesetengah kumpulan virus yang mampu mencetuskan transformasi neoplastik pada sel yang telah terinfeksi. Kedua-dua kelas virus, iaitu sama ada virus DNA atau virus RNA boleh menyebabkan sel-sel yang terinfeksi menjadi sel kanser. Dalam kes Kanser Pangkal Rahim, virus HPV memainkan peranan dalam pembentukan kanser.

Merokok
Tabiat merokok juga telah dikenalpasti menjadi punca utama berlakunya kanser paru-paru. Risiko yang dihadapi adalah melebihi 20 kali ganda bagi perokok berbanding mereka yang tidak merokok. Bagaimanapun, individu yang tidak merokok sentiasa terdedah kepada asap rokok dan mempunyai risiko tiga kali ganda berbanding mereka yang bebas daripada gejala ini.
Genetik

Penglibatan faktor genetik atau keturunan dikatakan juga antara faktor penyebab, kerana kelainan genetik melibatkan kehilangan gen penindas atau pengekspresan berlebihan onkogen yang berupaya menyebabkan terjadinya kanser paru-paru.



Radikal Bebas

SAINTIS percaya, kehadiran radikal bebas boleh mengancam kesihatan dan menjadi penyebab utama kepada pelbagai masalah kronik.
Dari mana datangnya radikal bebas ini? Radikal bebas dikenal pasti berpunca daripada beberapa sumber, iaitu:

Makanan tidak sihat — Makanan berlemak, bergoreng dan hangus (seperti kepingan hitam pada sate atau ikan bakar).

Minuman beralkohol.

Rokok — Sebatang rokok dikatakan membebaskan 3 trilion radikal bebas

Tekanan — Semua bahan kimia dan sesetengah hormon endokrin menghasilkan radikal bebas.

Bahan kimia toksik (seperti racun serangga).

Sinaran ultra ungu.

Pencemaran alam sekitar.

Penghasilan radikal bebas berlaku sepanjang masa dan ia sukar dikawal.



Dapatkan Perlindungan Insuran dari Sebarang Jenis Kanser Sebelum Terlambat
Anda mungkin tergolong di kalangan 30% orang yang bakal kena kanser

Whatsapp / sms  +6019 370 26 29 - Nasri




Dapatkan Takaful AIA Medical Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga

Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri

TANDA AWAL KANSER


Ketahui mengenai kanser. Tak salah jika kita bersedia dari segala kemungkinan yang mungkin akan datang.




DAPATKAN PELAN PERLINDUNGAN KANSER YANG TERBAIK DARI AIA PUBLIC TAKAFUL.


JANGAN TUNGGU LAGI DAPATKAN PELAN YANG LENGKAP DAN MURAH....HUBUNGI SAYA SEGERA

TABUNGAN TAKAFUL MENGELAKKAN PROSES FARAID



HIBAH MELALUI TAKAFUL


   Peserta takaful boleh menarik nafas lega apabila Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara mengeluarkan satu resolusi bahawa takaful boleh dihibahkan. Ini bermaksud sebarang faedah kematian boleh diberi terus kepada penama tanpa perlu difaraidkan. Keputusan MPS pada 5 November 2014 berasaskan pertimbangan memandangkan peserta memilih untuk membahagikan manfaat takaful kepada penama secara hibah ketika hidup (peserta), adalah adil dan munasabah jika setiap penama mendapat bahagian sama rata bukan peratusan bahagian masing-masing. Kaedah itu boleh mengelakkan timbulnya persengketaan sesama penama jika satu pihak mendapat bahagian yang lebih berbanding pihak lain. Dalam kes kematian penama sebelum kematian peserta dan tiada penamaan baharu dibuat, hibah manfaat akan dikembalikan kepada peserta kerana tiada penerima bahagian hibah itu. Oleh itu, bahagian manfaat itu hendaklah diurus berdasarkan hukum dan prinsip faraid selepas kematian peserta kerana manfaat itu akan menjadi sebahagian daripada harta peserta.

MPS pada mesyuarat ke-114 pada 28 Julai 2011 juga memutuskan jika penamaan dibuat kepada lebih daripada seorang benefisiari tanpa menyatakan bahagian peratusan masing-masing, pembahagian manfaat takaful perlu diberi secara sama rata kepada setiap penama sebagai benefisiari. Resolusi ini dinyatakan dengan jelas dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dalam Jadual 5 yang mengatakan peserta takaful berhak menamakan sesiapa sahaja sama ada sebagai penama atau pentadbir bagi faedah takaful. Apa itu hibah Hibah bermaksud pemberian pemilikan sesuatu barang kepada seseorang tanpa sebarang balasan. Ia adalah kontrak satu pihak dan mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad). Barang atau harta yang hendak dihibahkan itu perlu memenuhi syarat, iaitu barang atau harta yang halal serta mempunyai nilai di sisi syarak. Barang dihibahkan mestilah wujud ketika dihibahkan. Mengikut Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali, hibah terhadap harta yang dikongsi yang tidak boleh dibahagikan adalah sah hukumnya. Mengikut Islam, barang yang masih bercagar (seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan daripada penggadai atau peminjam. Ini juga terpakai kepada rumah yang diinsuranskan di bawah MRTA yang ingin dihibahkan perlu mendapatkan keizinan dari pihak bank. Hibah terletak di bawah bidang kuasa pentadbiran agama Islam di setiap negeri dan secara langsung ia terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.




Ini dinyatakan dengan jelas dalam Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan. Kebanyakan Mahkamah Syariah menggunakan perkataan 'alang' sama ada ketika marad-al-maut, alang hayat atau ketika hidup dan 'penyelesaian yang dibuat tanpa balasan' merujuk kepada hibah atau pemberian. Penggunaan perkataan sama dapat dilihat dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri seperti Selangor, Melaka, Pulau Pinang, Johor, Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Peserta takaful ada hak Seksyen 46 (2) (b), Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) memperuntukkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah, termasuk mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding berkaitan wasiat atau alang ketika marad-al-maut, alang ketika hidup atau penyelesaian dibuat tanpa balasan memadai dengan wang atau nilaian wang. Undang-undang sudah memberikan kuasa penuh kepada peserta takaful dalam melantik penama sebagai pemegang amanah, pentadbir atau penerima hibah. Kebanyakan syarikat takaful hari ini menyediakan takaful berserta pelaburan. Ini juga terpakai kepada simpanan akaun pelaburan takaful, melainkan peserta telah mengatakan dengan jelas sebaliknya. Berbeza dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), penama hanyalah pentadbir. Ini diputuskan mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 yang mengatakan lantikan penama oleh orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi mereka menyimpan adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka cuma ia sebagai pelaksana untuk membahagi harta pusaka itu kepada waris mengikut hukum syarak. Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-49 pada 10 September 2000 menjelaskan, wang KWSP dan wang simpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid. Penama KWSP adalah wasi atau pentadbir harta. Penama hendaklah membahagikan wang KWSP (peninggalan simati) mengikut hukum faraid. Selangor turut mewartakan Hukum Simpanan Wang KWSP pada 9 Mei 2002 bagi ahli beragama Islam yang meninggal dunia yang menjelaskan bahawa wang KWSP yang disimpan ahli dianggap harta pusaka. Kaedah pembahagian harta pusaka adalah tertakluk kepada hukum faraid. Sumber :bharian.com.my



Dapatkan Takaful AIA Medical Sekarang
Anda Tak perlu Jual Hartanah / Rumah Anda 
Demi Masa Depan Keluarga

Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri

APAKAH TAKAFUL





APAKAH TAKAFUL

Takaful mengikut tafsiran syara' ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.

Tujuan Takaful


Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk saling bantu membantu bagi menghadapi risiko serta menyediakan manfaat dalam mengurangkan beban kewangan.



* Menjaga kebajikan sosial

* Mewujudkan keharmonian sosial
* Sebagai saluran atau mekanisma sosial di mana,"The fortune many compensate the    unfortunate few".


Ciri - Ciri Takaful 



Tiada unsur riba'Tiada unsur gharar (ketidakpastian)Tiada unsur maisir (judi)Ada tabarru' (derma ikhlas) Ada perkongsian Al-Mudharabah (keuntungan ) Akad yang dipersetujui.



* Tiada unsur riba]

* Tiada unsur maisir (judi)
* Tiada unsur gharar
* Ada perkongsian untung (Al-Mudharabah) 

KONSEP TABARRU'

Bererti membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha. Ia dilakukan secara sedar dengan niat untuk saling bantu membantu.


* Tabarru' adalah perkataan Arab bermaksud Membuat Kebajikan / Membuat Derma    Bersyarat /   Mengurniakan Dengan Redha Sendiri

* Tabarru' dilakukan dengan sedar di atas niat yang suci murni untuk tujuan membantu.
* Tanpa tabarru' urusan takaful akan menjadi Gharar, sama seperti jualbeli seperti  insurans.
* Dengan konsep tabarru' , unsur Gharar dan Maisir dapat dihindarkan.
* Daripada tabung tabarru', manfaat dibayar.
* Melalui tabaru', risiko kemalangan dipikul oleh sesama peserta yang mentabarru' dan bukannya syarikat.
* Dengan perlaksanaan tabarru' kita faham bahawa AIA Public Takaful bukan menjual  insurans Islam tetapi Pengendali tabung tabarru' tersebut.
* Wujudnya tabarru', peserta akan juga sama memikirkan untuk membantu rakan-rakan  yang lain (iaitu semangat bertabarru')
* Wang tabarru' bukanlah kepunyaan syarikat. Syarikat hanya pengendali dan menentukan  hak diberikan secara adil.
* Konsep tabarru' mestilah dihayati. Tanpa penghayatan urusan takaful menjadi tiada beza  dari insurans. 


Dapatkan Plan Takaful dari AIA Public Takaful Sekarang
Demi Masa Depan anda & Keluarga

Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri

Google