TAKAFUL UNTUK PERNIAGAAN






Langkah untuk memastikan hutang dijelaskan oleh syarikat takaful menerusi pelan takaful pembiayaan perniagaan memudahkan perniagaan anda mengharungi tempoh perubahan yang mencabar ini. Pelan Takaful Pembiayaan Perniagaan hendaklah dipertimbangkan dalam keadaan berikut:

* Untuk melindungi risiko kewangan masa depan perniagaan. Bagi pemilik tunggal atau pengusaha perniagaan sendiri, Pelan Takaful Pembiayaan Perniagaan membantu menjelaskan hutang perniagaan.

* Untuk perniagaan milik keluarga, Pelan Takaful Pembiayaan Perniagaan membantu melindungi aset keluarga yang penting.

* Bagi mereka yang berhasrat untuk mewariskan perniagaan kepada waris, Pelan Takaful Pembiayaan Perniagaan membantu mereka melepaskan diri daripada beban hutang sekiranya berlaku kejadian yang tidak diduga.

Sumbangan bagi Pelan Takaful Pembiayaan Perniagaan terletak di bawah kategori perbelanjaan perniagaan, dan dengan itu boleh ditolak dari cukai. Perlindungan ini wajar diambil untuk memastikan kestabilan dan keuntungan perniagaan anda.

Sebagai pemilik perniagaan, langkah untuk mempertimbangkan kos melindungi perniagaan anda daripada pelbagai risiko adalah satu langkah yang bijak, terutamanya untuk menampung kesan ekonomi kerugian yang tidak dilindungi. Sememangnya sumbangan takaful akan meningkatkan perbelanjaan perniagaan. Namun begitu, takaful menjadi lebih penting lagi apabila anda menceburi dunia perniagaan.

Memang perkara ini jarang difikirkan, tetapi apabila digunakan untuk tujuan yang baik, sumbangan yang dibayar ternyata berbaloi.

Hubungan ekonomi yang rapat antara pemilik perniagaan kecil dan perniagaan itu sendiri tidak boleh dinafikan. Sebarang kerugian besar yang tidak dilindungi bakal mengancam kelangsungan dan kelancaran operasi perniagaan dan juga kedudukan kewangan pemilik perniagaan.

Kerugian yang tidak dilindungi ialah kerugian yang tidak ditampung oleh Takaful. Sekiranya berlaku kerugian tidak dilindungi, seseorang itu tidak mempunyai takaful untuk melindungi diri sendiri dan juga perniagaannya.

Seseorang itu juga mungkin mempunyai perlindungan terkurang, yang juga menimbulkan kerugian yang tidak dilindungi.

Takaful kehilangan upaya jangka pendek atau kehilangan kakitangan penting ialah cara yang menjimatkan kos untuk melindungi perniagaan anda dan juga kepentingan pelabur dan pemegang saham perniagaan anda. Dalam keadaan tertentu, sikap berhati-hati dapat membawa manfaat.

Banyak perniagaan kecil mendapat perlindungan berlebihan dengan membayar sumbangan Takaful untuk perlindungan daripada kerugian akibat kejadian dan kemalangan yang mungkin jarang atau tidak pernah berlaku.

Namun begitu, kita perlu keluar daripada kepompong pemikiran yang menganggap takaful hanyalah bertindak sebagai perlindungan terhadap kemalangan dan kematian semata-mata. Malah sebab paling penting bagi mendapatkan Takaful ialah untuk melindungi daripada sebarang masalah undang-undang. Walau apa pun, apabila anda memahami bagaimana pentingnya Takaful untuk perniagaan, anda sudah bersedia untuk menentukan jenis takaful dan jumlah perlindungan yang anda perlukan.

Semasa anda meneliti sijil Takaful untuk melindungi perniagaan anda, perkara-perkara berikut hendaklah diambil kira: Sebagai pertimbangan kepada pembayaran sumbangan, satu pihak (syarikat Takaful) berjanji untuk membayar pihak lain (orang dilindungi) jumlah wang khusus apabila berlakunya kerugian ekonomi yang dilindungi.
Nasihat Konsulasi Percuma
Dapatkan Medical Card AIA Public Takaful Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga

Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri


No comments:

Post a Comment