Friday, March 3, 2017

TAKAFUL UNTUK PERNIAGAAN






Langkah untuk memastikan hutang dijelaskan oleh syarikat takaful menerusi pelan takaful pembiayaan perniagaan memudahkan perniagaan anda mengharungi tempoh perubahan yang mencabar ini. Pelan Takaful Pembiayaan Perniagaan hendaklah dipertimbangkan dalam keadaan berikut:

* Untuk melindungi risiko kewangan masa depan perniagaan. Bagi pemilik tunggal atau pengusaha perniagaan sendiri, Pelan Takaful Pembiayaan Perniagaan membantu menjelaskan hutang perniagaan.

* Untuk perniagaan milik keluarga, Pelan Takaful Pembiayaan Perniagaan membantu melindungi aset keluarga yang penting.

* Bagi mereka yang berhasrat untuk mewariskan perniagaan kepada waris, Pelan Takaful Pembiayaan Perniagaan membantu mereka melepaskan diri daripada beban hutang sekiranya berlaku kejadian yang tidak diduga.

Sumbangan bagi Pelan Takaful Pembiayaan Perniagaan terletak di bawah kategori perbelanjaan perniagaan, dan dengan itu boleh ditolak dari cukai. Perlindungan ini wajar diambil untuk memastikan kestabilan dan keuntungan perniagaan anda.

Sebagai pemilik perniagaan, langkah untuk mempertimbangkan kos melindungi perniagaan anda daripada pelbagai risiko adalah satu langkah yang bijak, terutamanya untuk menampung kesan ekonomi kerugian yang tidak dilindungi. Sememangnya sumbangan takaful akan meningkatkan perbelanjaan perniagaan. Namun begitu, takaful menjadi lebih penting lagi apabila anda menceburi dunia perniagaan.

Memang perkara ini jarang difikirkan, tetapi apabila digunakan untuk tujuan yang baik, sumbangan yang dibayar ternyata berbaloi.

Hubungan ekonomi yang rapat antara pemilik perniagaan kecil dan perniagaan itu sendiri tidak boleh dinafikan. Sebarang kerugian besar yang tidak dilindungi bakal mengancam kelangsungan dan kelancaran operasi perniagaan dan juga kedudukan kewangan pemilik perniagaan.

Kerugian yang tidak dilindungi ialah kerugian yang tidak ditampung oleh Takaful. Sekiranya berlaku kerugian tidak dilindungi, seseorang itu tidak mempunyai takaful untuk melindungi diri sendiri dan juga perniagaannya.

Seseorang itu juga mungkin mempunyai perlindungan terkurang, yang juga menimbulkan kerugian yang tidak dilindungi.

Takaful kehilangan upaya jangka pendek atau kehilangan kakitangan penting ialah cara yang menjimatkan kos untuk melindungi perniagaan anda dan juga kepentingan pelabur dan pemegang saham perniagaan anda. Dalam keadaan tertentu, sikap berhati-hati dapat membawa manfaat.

Banyak perniagaan kecil mendapat perlindungan berlebihan dengan membayar sumbangan Takaful untuk perlindungan daripada kerugian akibat kejadian dan kemalangan yang mungkin jarang atau tidak pernah berlaku.

Namun begitu, kita perlu keluar daripada kepompong pemikiran yang menganggap takaful hanyalah bertindak sebagai perlindungan terhadap kemalangan dan kematian semata-mata. Malah sebab paling penting bagi mendapatkan Takaful ialah untuk melindungi daripada sebarang masalah undang-undang. Walau apa pun, apabila anda memahami bagaimana pentingnya Takaful untuk perniagaan, anda sudah bersedia untuk menentukan jenis takaful dan jumlah perlindungan yang anda perlukan.

Semasa anda meneliti sijil Takaful untuk melindungi perniagaan anda, perkara-perkara berikut hendaklah diambil kira: Sebagai pertimbangan kepada pembayaran sumbangan, satu pihak (syarikat Takaful) berjanji untuk membayar pihak lain (orang dilindungi) jumlah wang khusus apabila berlakunya kerugian ekonomi yang dilindungi.
Nasihat Konsulasi Percuma
Dapatkan Medical Card AIA Public Takaful Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga

Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri


INSURAN BAGI PENIAGA ONLINE DAN KEDAI



TAKAFUL untuk pembiayaan perniagaan? Apa maksudnya? Saya tidak sedar akan kewujudan perlindungan ini! Adakah saya memerlukannya? Mengapa saya perlu mengeluarkan perbelanjaan tambahan dan mengapa perlu mempertimbangkannya sekarang?

Sebenarnya perlindungan takaful ini boleh menyelamatkan perniagaan anda, seperti yang diterangkan di bawah.

Perniagaan anda mungkin bergantung kepada lembaga pengarah, pemegang saham dan beberapa kakitangan kanan untuk memastikan kelangsungan dan kelancaran operasi.

Sebarang kejadian tidak diduga seperti kematian mengejut, hilang upaya kekal atau penyakit kritikal boleh menjejaskan syarikat serta memberi kesan yang ketara terhadap pengurusan perniagaan. Ini mungkin mampu menggugat pendapatan perniagaan.

Keperluan untuk melindungi pembiayaan perniagaan menerusi takaful harus diberi keutamaan supaya dapat memberikan ketenangan fikiran.


Nasihat Konsulasi Percuma
Dapatkan Plan Dari AIA Pubic Takaful Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga

Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri

DAPATKAN AGEN TAKAFUL YANG SAH






Dapatkan penerangan yang jelas dan terperinci daripada ejen takaful sebelum membuat keputusan untuk mengambil mana-mana pelan takaful.

Fahami dengan betul semua syarat yang ditetapkan di dalam sijil agar tidak timbul masalah apabila anda ingin membuat tuntutan kelak.

Anda juga sepatutnya memahami keperluan perlindungan anda dan membuat kajian sendiri sebelum menandatangani borang permohonan.

Pelbagai alasan akan diberi oleh mereka yang belum terbuka hatinya untuk mengambil pelan takaful. Namun kelebihan dan manfaat mempunyai pelan perlindungan takaful adalah lebih besar dan menjamin masa depan anda dan orang yang tersayang.

Nasihat Konsulasi Percuma
Dapatkan Medical Card AIA Public Takaful Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga

Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri

TAKUT KENA TIPU DENGAN AGEN INSURAN?


Jika takut adanya unsur-unsur penipuan oleh wakil atau pengendali takaful menyebabkan anda tidak mahu mengambil takaful, anda perlu bersikap lebih proaktif.  Sudah banyak laporan mengenai pemegang sijil yang tidak mendapat pampasan seperti yang dijanjikan atau tidak dapat menuntut kos perubatan mereka.

 Apabila disiasat, pemegang sijil tidak sedar yang pelan mereka sudah terbatal akibat terlepas membuat caruman beberapa bulan atau tuntutan yang dibuat termasuk dalam penyakit atau keadaan yang tidak dilindungi oleh pelan takaful tersebut.


Jadi Pilih Agen Yang Punyak Reputasi & Komitmen dalam Insuran
Cuba Tengok website/blog/fb/ call whatsapp


Nasihat Konsulasi Percuma
Dapatkan Medical Card AIA Public Takaful Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga

Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri

RANCANG KEEWANGAN ANDA DENGAN BIJAK



Pengurusan kewangan yang baik amat perlu supaya hutang dapat diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan dan tidak membebankan peminjam.

Jika anda mengambil takaful, anda tidak perlu risau sekiranya sesuatu berlaku terhadap diri anda. Pampasan kematian atau hilang upaya yang diterima boleh dijadikan sebagai dana untuk menyelesaikan hutang-hutang anda. Selain itu, kebajikan keluarga anda juga terpelihara.

Mempunyai komitmen kewangan untuk pelaburan merupakan satu lagi alasan untuk tidak mengambil takaful. Sebaliknya jika mempunyai pelan takaful berkaitan pelaburan dapat memberi perlindungan kepada peserta untuk menghadapi perkara di luar dugaan serta membantu mencapai matlamat pelaburan.

Pelan takaful ini memperuntukkan caruman yang tinggi bagi pelaburan dan dalam masa yang masa melindungi peserta. Ini bermakna, pelaburan anda akan berterusan walaupun anda dilanda musibah.

Nasihat Konsulasi Percuma
Dapatkan Medical Card AIA Public Takaful Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga


Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri

MATI TAK KIRA TUA ATAU MUDA



Mati tidak mengira tua atau muda, jangan jadikan faktor usia alasan bagi mengelak daripada membuat perancangan dan mengambil tindakan.

Fikirkan nasib waris atau tanggungan yang perlu meneruskan hidup mereka tanpa anda. Oleh itu, perlu ada pelan takaful yang menyediakan pampasan kematian sebagai perlindungan pendapatan untuk mereka apabila anda tiada lagi.

Jangan jadikan hutang sebagai alasan atau bertangguh mengambil takaful. Realitinya, hari ini semua orang sanggup berhutang untuk membeli rumah, kereta, melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan sebagainya.

Nasihat Konsulasi Percuma
Dapatkan Takaful AIA Medical Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga

Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri

MENGAPA PERLU KELUARKAN DUIT SIMPANAN BAYAR BIL HOSPITAL PULUH2 RIBU?



Seorang dilahirkan dalam keluarga berada sukar memahami betapa pentingnya mempunyai pelan perlindungan takaful perubatan kerana mereka mampu mendapatkan rawatan di hospital swasta.

Disebabkan itu, dia tidak mengambil pelan takaful sedangkan harta kekayaan boleh berkurangan atau hilang tanpa disangka. Lebih teruk lagi, jika terpaksa mengubah gaya kehidupan kepada kurang selesa akibat tiada perancangan teratur.

Bagi seorang pekerja pula alasan mereka tidak mengambil takaful adalah kerana majikan sudah menyediakan kad perubatan. Malah ahli keluarga terdekat juga mendapat kemudahan itu, jadi tiada keperluan untuk itu.

Namun perlu difahami bahawa kad perubatan untuk pekerja mempunyai had limit yang berbeza dan biasanya mengikut jawatan.

Sekiranya kos rawatan melebihi had yang diperuntukan, staf tersebut perlu membayar lebihan caj tersebut.

Akibatnya mereka perlu mengeluarkan wang sendiri yang pastinya akan mengurangkan wang simpanan yang dikumpul sejak bertahun-tahun sehingga perlu mencari sumber lain termasuk meminjam atau menjual aset yang dimiliki.

Sebaiknya, anda perlukan pelan takaful yang menyediakan pampasan yang secukupnya sebagai perlindungan pendapatan anda serta kebajikan keluarga anda.


Nasihat Konsulasi Percuma
Dapatkan Medical Card AIA Public Takaful Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga


Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri

TOLONG JANGAN HUBUNGI JIKA SUDAH TAHU KOS RAWATAN DARI PIHAK HOSPITAL
BERTINDAK SEBELU M TERLAMBAT

Banyak Alasan Tak Ambil Takaful, Bila Dah Kena Sakit Baru Tahu Petapa Pentingnya Takaful




Bermacam-macam alasan diberi, mengapa mereka tidak merancang dan mengambil pelan takaful yang mampu melindungi serta memberi manfaat kepada peserta agar dapat meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun ditimpa musibah.

Seorang yang tidak pernah sakit beranggapan dia akan sentiasa sihat. Atas alasan itu, dia tidak mengambil pelan perlindungan takaful yang menawarkan kad perubatan.

Setelah disahkan menghidap penyakit kronik dan memerlukan rawatan barulah dia sedar jika ada pelan takaful dia tidak akan terbeban dengan kos perubatan yang tinggi. Semuanya akan ditanggung oleh takaful. Lebih penting lagi, takaful perubatan perlu diambil sebelum anda sakit.

Jika sudah sakit, anda mungkin tidak layak untuk ambil takaful atau caruman yang dikenakan akan menjadi sangat mahal.

Nasihat Konsulasi Percuma
Dapatkan Medical Card AIA Public Takaful Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga


Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri

TOLONG JANGAN HUBUNGI JIKA SUDAH TAHU KOS RAWATAN DARI PIHAK HOSPITAL
BERTINDAK SEBELU M TERLAMBAT

DAH TUA MEMANG BANYAK PENYAKIT DUIT ADA?

ORANG yang bijak sentiasa memikirkan masa depan kerana mereka sedar hidup tidak selalu indah. Ada masa senang dan pada masa yang lain ditimpa kesusahan.

Oleh sebab itu, kita perlu sentiasa beringat dan menyediakan pelan perancangan hidup dari pelbagai sudut.

Sebaliknya, masih ramai yang tiada perancangan untuk masa depan mereka. Mereka hanya menjalani hidup sehari-hari sehingga tiba-tiba jatuh sakit, terlibat dalam kemalangan, hilang upaya atau berlaku kematian secara mengejut.

Mengapa harus menunggu sehingga mendapat musibah baru hendak beringat dan bertindak? Bukankah lebih baik sekiranya anda sudah menyediakan perancangan kewangan untuk kesihatan, pendidikan anak-anak, membeli aset, pelan perlindungan dan simpanan untuk hari tua?


Nasihat Konsulasi Percuma
Dapatkan Medical Card AIA Public Takaful Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga


Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri

TOLONG JANGAN HUBUNGI JIKA SUDAH TAHU KOS RAWATAN DARI PIHAK HOSPITAL
BERTINDAK SEBELU M TERLAMBAT

Derita Budak 9 Tahun Mengidap Kanser Tulang dan Pengorbanan Ibu Bapa



KOTA BHARU - Simptom hilang selera makan, selain susut berat badan secara mendadak yang dialaminya Januari lalu, petanda awal Tengku Yasmin Aira Tengku Sharudin, 9, sebenarnya menghidap kanser tulang.

Tengku Yasmin Aira bagaimanapun cukup bertuah kerana kanser dihidapinya masih di peringkat awal dan mempunyai peluang tinggi untuknya kembali sembuh.

Menurut ibunya, Haswanizan Hassan, 40, anak kedua daripada dua beradik itu sebelum ini sering mengadu sakit di kaki dan paha kirinya, dan selepas pemeriksaan lanjut termasuk imbasan MRI, Tengku Yasmin Aira disahkan menghidap kanser tulang di bahagian punggung.

KISAH BENAR SEORANG PESAKIT KANSER PAYUDARA




 Meskipun menanggung derita hampir 18 tahun apabila menghidap kanser payu dara, namun seorang suri rumah empat anak di sini tetap tabah dan kuat semangat melawan kesakitan bagi meneruskan kehidupannya.
Tidak mahu dibelenggu kemurungan, apatah lagi penyakitnya kini berada pada tahap empat, Norasmida Hamid (bukan nama sebenar), 57, gemar membelai kucing, di samping meneruskan hobinya menanam pokok bunga di halaman rumah.
Malah, jika keadaan mengizinkan, dia akan gagahkan diri menunggang motosikal kira-kira satu kilometer untuk ke masjid, menghadiri majlis agama di lokasi berdekatan dan menyertai program bacaan Yasin yang lazimnya diadakan di rumah penduduk. 
Ketika Sinar Harian berkunjung ke rumahnya, semalam, nenek dua cucu itu hanya terbaring di ruang tamu, namun terus bangun sambil mengukir senyuman bagi menyambut kedatangan penulis, sambil sesekali memegang payudara sebelah kanan bagaikan menahan kesakitan.


Tanda Anda Mungkin Ada Kanser


Ketahui mengenai kanser. Tak salah jika kita bersedia dari segala kemungkinan yang mungkin akan datang.




DAPATKAN PELAN PERLINDUNGAN KANSER YANG TERBAIK DARI AIA PUBLIC TAKAFUL.


JANGAN TUNGGU LAGI DAPATKAN PELAN YANG LENGKAP DAN MURAH....HUBUNGI SAYA SEGERA
Nasihat Konsulasi Percuma
Dapatkan Medical Card AIA Public Takaful Sekarang
Demi Masa Depan Keluarga

Whatsapp / sms +6019 370 2629 - Nasri

Isteri Tak Tahan Jaga Suami Sakit Batu Karang Kronik, Masalah Keewangan & Minta Cerai




Cerita penceraian aku dengan isteri ini berlaku pada tahun lepas. Kitorang dah sembilan tahun berkahwin dan sudah ada dua orang anak.

Masa itu, aku ada dekat office. Dapat first SMS dari isteri.

"Assalam abang, Ina nak minta cerai dari abang. Harap abang dapat tunaikan."

Tersentak aku. Kenapa pula tiba-tiba? Aku tak balas apa-apa sms dari isteri. Jam pula dah pukul 5, waktu aku bersiap untuk ambil isteri balik kerja. Sampai ke office dia pun dalam roughly pukul 5.30 petang.

Dia masuk dalam kereta dan diam. Aku pun mula buka suara,

"Kita ke Tasik Titiwangsa nak?"

Dia jawab ringkas, 'okay'.

Tak jauh pun, dalam 10 minit dah sampai, sebab tempat kerja dia kat area Jalan Ampang. Jalan pun tak jem sangat time itu. Kitorang duduk dekat satu pondok. Aku mula bertanya,

"Why so sudden? Sekarang dah rasa abang tak cukup kacak ke,? tanya aku sambil cuba bergurau.

BINA HIBAH MELALUI TAKAFUL


Hibah secara ringkasnya adalah hadiah/pemberian kepada sesiapa sahaja. Anak, anak angkat, isteri dan lain-lain. Kenapa perlu hibah? supaya kita dapat merancang harta demi menjaga dan melahirkan kasih sayang, mengelakkan pertelingkahan dan memelihara hubungan kekeluargaan. Kerana tiada harta yang lebih berharga dari kasih sayang keluarga. Oleh kerana itu pembahagiaan harta perlu dirancang awal-awal sebelum meninggal dan perlu dilakukan melalui hibah dan bukanya wasiat. Apakah manfaat untuk anda? Hibah membina kasih sayang seperti saranan Rasulullah SAW. Menjadikan keluarga anda penuh cinta dan kebahagiaan. Menyamai kerukunan dan mampu memperbaiki hubungan kekeluargaan yang tercalar akibat perselisihan. Kelebihan hibah ialah supaya dapat mengelakkan kekusutan pusaka yang teruk yang menjadi punca pergaduhan, masam muka, porak peranda dalam keluarga. Sekarang mari kita fahami secara mendalam ape itu hibah:
Hibah merupakan salah satu instrumen penting dalam perancangan harta menurut undang-undang Islam. Dimana ianya adalah suatu pemberian harta yang berlaku semasa hidup. Instrumen ini sangat digalakkan dalam Islam, di mana sekiranya ia dilakukan dengan betul dan selaras dengan kehendak syarak, maka ia boleh mengelakkan berlaku pertikaian dan perebutan harta. Melaluinya juga dapat membantu kaum kerabat yang memerlukan bantuan. Hibah juga merupakan harta yang bebas hutang. jadi bagaimana kita boleh membuat Hibah untuk keluarga tersayang ?. Jawapannya adalah melalui TAKAFUL. Melalui takaful Hibah boleh dibuat serta merta, dengan menentukan berapa Hibah yang kita hendak berikan kepada keluarga tercinta. 

BUATLAH HIBAH TAKAFUL SEMASA ANDA SIHAT KERANA TAKAFUL HANYA BOLEH DIBELI KETIKA SIHAT, KELUARKAN RM250 HARI INI UNTUK RM500,000 HARI ESOK.

INGIN MEMBUAT HIBAH TAKAFULHUBUNGI:

MOHD NASRI RAMLIAIA PUBLIC TAKAFUL019-3702629

Google