JIKA SUAMI BERGAJI RM5,000 SEBULAN.

#1. Jika anda seorang suami yg bergaji RM 5,000 sebulan, anda memerlukan perlindungan sekurang-kurangnya RM 1 juta untuk diri anda (andaian Isteri tidak bekerja dan mempunyai anak-anak kecil) kerana anda satu-satunya sumber income keluarga.
#2. Jika satu hari nanti anda mati secara tiba-tiba,maka hilanglah punca pendapatan keluarga. (Mati itu pasti). Hal ini boleh menyebabkan keluarga anda yang tercinta putus sumber pendapatan. Bagaimana mereka ingin meneruskan kehidupan jika selama ini kebergantungan terhadap diri anda sebagai ketua keluarga. Yang mati akan pergi, yang hidup harus meneruskan kehidupan. Tetapi jika anda telah membuat persediaan awal, hal ini dapat diatasi.
#3. Pihak Takaful akan menemui waris anda iaitu Isteri. Isteri anda akan menerima tunai RM 1 juta atas nilai yang dilindungi atas diri anda. Sumber pampasan dari Takaful lah yang akan diterima dahulu, berbanding dengan wang dari akaun bank, kwsp, pertukaran hak milik rumah, kereta dan lain-lain harta pusaka yang memerlukan masa untuk diuruskan. Duit pampasan inilah untuk digunakan membayar pinjaman kereta, rumah dan lain-lain pinjaman sementara urusan tuntutan insuran rumah (MRTA), kereta (jika ada ambil semasa memohon pinjaman), pinjaman peribadi sebelum pinjaman-pinjaman ini diselesaikan urusannya oleh pihak bank. 
#4. Pesanlah pada Isteri anda, sekiranya anda tiada nanti, uruskanlah duit itu dengan sebetulnya. Ajarkan beliau teknik yg betul. Masukkan jumlah RM 1 juta tadi ke dalam akaun ASB / Tabung Haji. (pelaburan yang paling rendah risiko). Kalau nak lebih berisiko tinggi serta pulangan yang jauh lebih baik boleh beli saham yang baik di Bursa Malaysia. Ajar juga cara mengesan skim cepat kaya agar tidak tertipu nanti. 
#5. Gunakan dividen setiap tahun dari ASB / Tabung Haji tadi sebagai pengganti sumber pendapatan keluarga. Dengan dividen average 6% setahun = RM 60,000 / setahun @ RM 5,000 / sebulan. Dividen RM 5,000 / sebulan dapat digunakan untuk sara hidup Isteri dan anak-anak anda, perbelanjaan sekolah anak-anak dan segala kos yg berkaitan. Nilai tunai RM 1 juta tadi masih kekal di dalam akaun saving ASB / Tabung Haji Isteri anda.
Nasib Isteri dan anak-anak anda pasti terbela dengan adanya suami dan ayah yang bertangungjawab.
Anda juga boleh meminta Isteri anda menginfakkan 5-10% dari dividen yang diterima setiap tahun ke dalam tabung amal jariah bagi mendapat pahala berterusan untuk dibawa di akhirat sana nanti.

No comments:

Post a Comment