Ciri-ciri Medical card Terbaik

Semua Medical Card mempunyai tujuan yang sama iaitu membayar bil perubatan di hospital, tetapi apakah manfaat yang harus di ketahui untuk medical card tersebut. Disenaraikan 5 faktor penting untuk memilih medical card. 

1. Jenis Coverage – Tahunan Atau Seumur Hidup?

Ada 2 jenis coverage yang terdapat pada Medical Card yang perlu anda tahu untuk bezakan, iaitu perlindungan seumur hidup (life time limit) atau perlindungan tahunan (annual limit).
Menurut ramai ejen takaful yang berpengalaman, apabila ditimpa penyakit, situasi yang biasa berlaku adalah seseorang tidak dapat menampung jumlah kos perubatan kerana telah mencapai had perlindungan tahunan, contohnya RM 100,000/tahun. Menurut akhbar tempatan bertarikh Mei 2017, rawatan kanser paling minima di hospital swasta adalah RM20,000 dan ia boleh mencecah hingga ratusan ribu ringgit. Jadi, apabila keadaan bertambah buruk, seseorang perlu menampung dengan wang sendiri walaupun mempunyai Medical Card.
Jangan keliru, ejen takaful kadang-kadang suka sebut angka yang besar-besar.
“Bro, jangan risau…Medical Card ni cover sampai RM500,000”
Biasanya, itu had seumur hidup. 
2. Co-Takaful / Co-Payment atau Full Payment?
Co-Takaful ialah peratusan yang perlu ditanggung sendiri setiap kali claim. Contoh 10% dari bil setiap kali masuk wad dan setiap kali follow up. Biasanya ada limit antara RM300 ke RM1,000 setiap kali masuk wad atau follow up.
Co-Payment pula ialah peratusan yang perlu ditanggung dari bil-bil lain (selain caj bilik) yang dikenakan bila client naik taraf bilik wad melebihi had bilik.
3. Renewal – Yearly Atau Guaranteed?
Bagi Medical Card yang diperbaharui setiap tahun (Yearly Renewable), pembaharuan bergantung kepada claim review setiap tahun. Kalau pernah claim banyak, maksudnya ada kemungkinan akan kena caj tambahan, syarat pengecualian, dan sebagainya hingga ia boleh menghilangkan faedah Medical Card anda. Malah, ia mungkin menyukarkan anda untuk memohon Medical Card baru dari melalui syarikat lain.
Maka, pastikan perkara ini dijelaskan secara terperinci oleh ejen.
Medical Card yang jenis Guaranteed Renewal lebih terjamin kerana syarikat tidak boleh menamatkan Medical Card anda sesuka hati atau menambah sebarang caj melainkan bila anda tak bayar atau lifetime limit dah habis. Jadi, walaupun pernah claim banyak kali untuk penyakit yang sama atau penyakit berisiko tinggi, anda tak perlu risaukan sebarang caj ‘tersembunyi’.

4. Harga Hospital / Wad

Kalau terjadi sesuatu, hospital mana yang paling selesa untuk dirujuk? Berapa harga wad bilik di hospital tersebut? Adakah harga tersebut bersesuaian dengan kawasan tempat tinggal anda? Ini adalah persoalan yang berbaloi untuk anda renungkan kerana faktor lokasi memainkan peranan penting juga. Kalau duduk di Lembah Klang, harga untuk bilik single RM250 sehari tu masih boleh dapat lagi.
Selain itu, kena realistik untuk memikirkan sama ada jumlah coverage tersebut tahan inflasi. Jadi, adakah harga bilik wad yang ditawarkan masih relevan untuk tempoh 10 tahun dari sekarang?

 5. Polisi Boleh Ubah Atau Tetap

Akhir sekali, jangan lupa semak sama ada polisi Medical Card anda adalah tetap atau boleh ubah. Jangan lupa teliti betul-betul pada bahagian Portfolio Withdrawal Condition kerana sesetengah orang mungkin tak faham bab ni.
Klausa Portfolio Withdrawal Condition ini membenarkan syarikat insurans untuk menarik balik produk dari pasaran dengan memberi notis 30 hari. Walaupun menjanjikan guaranteed renewal, ia membolehkan syarikat tersebut untuk berhenti menanggung claim yang terlalu banyak. 

Untuk mendapatkan Medical card yang mempunyai ciri-ciri di atas
Hubungi Mohd Nasri 019-3702629
Perancang Hayat dari AIA Public Takaful